the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Luar New Zealand adakan lawatan ke M’sia dari 6-9 Ogos

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari New Zealand, Nanaia Mahuta(gambar), sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia dari 6 hingga 9 Ogos.

Ini merupakan lawatan pertama Mahuta ke Malaysia sejak pelantikan beliau pada November 2020.

Kementerian Luar Malaysia, dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata kedua-dua menteri dijadual bertemu dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Antara topik utama perbincangan termasuk mengenal pasti mekanisme dua hala yang sesuai bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Mahuta juga dijadual bertemu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama antara komuniti orang asli kedua-dua negara.

“Lawatan itu menunjukkan komitmen Malaysia untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan New Zealand.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka lebih banyak potensi kerjasama dalam pelbagai sektor demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings