the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan suami isteri ditahan disyaki seludupu syabu bernilai RM670,000

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengagalkan cubaan menyeludup dadah ke negara jiran dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM670,000 berhampiran Pantai Morib, Kuala Langat pada 29 Julai lepas.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim V Siva Kumar berkata rampasan dibuat ekoran penahanan dua warga tempatan yang merupakan pasangan suami isteri pada 5.50 petang ketika mereka sedang memindahkan dadah seberat 15.88 kilogram (kg) itu dari kereta ke sebuah bot pancung untuk dibawa keluar ke Indonesia.

Beliau berkata pemeriksaan awal pasukan operasi menemukan sebuah kotak mengandungi 15 bungkusan teh cina jenama ‘Qing Shan’ berwarna hijau di dalam kenderaan yang digunakan pasangan itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 15.88 kg dianggarkan bernilai RM670,000.

“Kedua-dua suspek berusia 46 dan 44 tahun itu ditahan manakala semua bungkusan itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut, sebelum diserahkan kepada bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan.

Siva Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings