the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima inisiatif baharu PKPJ bantu mudahkan urusan rakyat Johor miliki rumah

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) melancarkan lima inisiatif baharu dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi(gambar) berkata inisiatif itu bertujuan memudah cara urusan rakyat bagi memiliki kediaman sendiri, sekaligus mengurangkan kerenah birokrasi.

Beliau berkata lima inisiatif berkenaan adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK), permohonan baucar RM1,000, Rumah Mampu Biaya Johor, lot bumiputera serta pindah milik.

Menurutnya menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) & Rumah Sewa Kerajaan (RSK), rakyat diberikan pengecualian sewaan pada tahun ini, diskaun bayaran tunggakan sewaan sebanyak 50 peratus serta pengurangan dokumen permohonan daripada 23 kepada enam dokumen.

Sementara bagi permohonan baucar RM1,000, Onn Hafiz berkata dokumen permohonan telah dikurangkan daripada enam kepada dua dokumen dan baucer akan dibayar dalam tempoh 14 hari berbanding 30 hari sebelum ini.

“Bagi Rumah Mampu Biaya Johor, dokumen permohonan juga dikurangkan daripada 17 kepada lima dokumen sahaja, manakala surat tawaran diterima dalam tempoh tujuh hari berbanding 30 hari sebelum ini.

“Bagi lot bumiputera, dokumen permohonan diturunkan daripada tiga kepada dua dokumen dan tempoh kelulusan diperlukan adalah tujuh hari, berbanding 180 hari sebelum ini dan bagi pindah milik pula, dokumen yang diperlukan daripada 10 kepada enam dokumen sahaja.

“Agenda perumahan adalah agenda yang sangat penting untuk saya secara peribadi, yang mana setiap bangsa Johor perlu ada rumahnya sendiri. Justeru, saya berharap agar agenda perumahan bagi seluruh bangsa Johor dapat dilakukan dengan sebaiknya, dan semoga segala usaha kita itu dilimpahkan Allah dengan sebaik-baik balasan,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya hari ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings