the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan Abdul Aziz terhadap SPRM berhubung isu penjualan lapangan terbang tidak adil

IPOH: Kenyataan Ketua Pembangkang Perak Abdul Aziz Bari(gambar) yang mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendakwa ia mempunyai kekangan berhubung siasatan isu penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar adalah tidak adil.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azmu berkata ini kerana beliau berpandangan badan penguatkuasa itu telah bertindak dengan baik dan sedang menjalankan siasatan secara terperinci.

“Berilah peluang kepada mereka menjalankan siasatan sedalamnya dan secara terperinci, sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Jadi saya harap beliau sendiri (Abdul Aziz) selaku bekas exco kerajaan negeri boleh memberi kerjasama seperti saya dan semua warga Malaysia, yang bertanggungjawab terhadap apa jua perkara dan apabila ada siasatan yang melibatkan pihak berkuasa, kita mesti memberi kerjasama yang sepenuhnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berbuka puasa bersama warga Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini semalam.

Ditanya mengenai Abdul Aziz yang dilaporkan mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan, Ahmad Faizal berkata selain SPRM, pihak PAC juga boleh mengambil tindakan sendiri dalam bidang kuasa masing-masing.

Terdahulu, Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini dilaporkan berkata kesediaan Ahmad Faizal untuk disiasat oleh SPRM, berhubung isu berkenaan disifatkan tidak membawa kepada jalan penyelesaian.

Abdul Aziz mendakwa SPRM sendiri mempunyai beberapa kekangan, termasuk tidak mempunyai kuasa pemutus dalam pendakwaan yang berada di tangan Peguam Negara.

Justeru, Abdul Aziz mendesak PAC Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings