the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah

GEORGE TOWN: Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, ketika ini, kerajaan negeri mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti dikeluarkan sebelum ini melibatkan aktiviti masjid dan surau, selain SOP ditetapkan di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pulau Pinang masih mengekalkan SOP melibatkan aktiviti masjid dan surau termasuk berkaitan solat jemaah yang pernah kita keluarkan sebelum ini. Namun, ia tertakluk kepada kemas kini daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai Selangor yang membenarkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu.

Ia berikutan ketetapan terkini diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu.

Pulau Pinang sebelum ini memaklumkan jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri itu.

Pada 26 Nov tahun lepas, Pulau Pinang membenarkan semua aktiviti pengimarahan yang dibenarkan merangkumi majlis rasmi dan aktiviti sosial seperti aktiviti ceramah agama, kelas pengajian, mesyuarat jawatankuasa, majlis akad nikah, jamuan makan dan program gotong-royong.

Selain itu, jemaah juga perlu memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di ruang masjid.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings