the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Iktiraf pekerja, beri rehat secukupnya untuk tingkat produktiviti: MPC

KUALA LUMPUR: Pengiktirafan oleh majikan kepada pekerja dapat meningkatkan persaingan sihat dalam organisasi, memupuk sikap positif dalam kalangan pekerja seterusnya meningkatkan produktiviti mereka.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata ini antara perkara perlu diberi perhatian majikan selaras tema Hari Pekerja tahun ini iaitu ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia dalam Pemulihan Negara’.

Beliau berkata rehat juga merupakan elemen penting kepada keseimbangan antara kehidupan dengan pekerjaan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental pekerja, tetapi menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara secara amnya.

“Rehatkan minda atau ‘take five’. Ia penting bagi memberi ruang dan masa kepada pekerja mahupun majikan untuk rehatkan diri,” katanya dalam artikelnya yang dimuat naik dalam ruangan Tinta Minda menerusi laman web Bernama.

Ke arah melahirkan kualiti kerja lebih baik, Abdul Latif berkata suasana di tempat kerja turut memainkan peranan penting.

“Sebarkan nilai murni dan sikap positif menerusi kata-kata yang positif di tempat kerja. Pekerja dan majikan juga seharusnya sentiasa berkomunikasi dan berkongsi pendapat,” katanya.

Artikel penuhnya bertajuk ‘Pekerja Bermotivasi Tingkat Produktiviti’ boleh dilayari dalam ruangan Tinta Minda di www.bernama.com.

Tinta Minda atau Thoughts bagi versi bahasa Inggeris merupakan ruang diperkenalkan dalam laman web Bernama untuk golongan pakar pelbagai bidang berkongsi pendapat dan idea mereka mengenai pelbagai topik dan isu semasa.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings