the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 36 peratus populasi kanak-kanak di M'sia terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,293,762 individu atau 36.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,847,758 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,944,865 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,595,578 individu atau 66.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak dan 22,947,925 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,224,065 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 33,034 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 12,567 suntikan pertama, 1,297 suntikan lengkap dan 19,170 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,642,700 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 52 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes diikuti Johor dan Kedah masing-masing lapan kes serta Pahang dan Perak masing-masing enam kes.

Pulau Pinang merekodkan empat kes, Kelantan dan Sabah masing-masing dua kes serta masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Terengganu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings