the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah bayi maut ditikam di Kemaman, selamat dikebumikan

KUALA TERENGGANU: Jenazah bayi lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat ditikam sebaik sahaja dilahirkan pada Selasa lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi dekat Kemaman, hari ini.

Jenazah bayi seberat 2.49 kilogram itu dimandi, dikafan dan disolatkan oleh beberapa kakitangan dan pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Kemaman di Unit Forensik Hospital Kemaman sebelum dibawa ke tanah perkuburan itu pada 10.30 pagi dan urusan pengebumian selesai sepenuhnya pada 11.05 pagi tadi.

Turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan dan ahli keluarga bayi tersebut.

Dalam kejadian pagi Selasa lepas, bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan, ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada, dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam, di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi, Chukai di Kemaman.

Ibu kandungnya, remaja perempuan berumur 15 tahun kini berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Kerteh hingga esok bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings