the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga kekal penjara 10 tahun pukul isteri hamil hingga koma

Mahkamah Tinggi Johor Bahru kekalkan hukuman 10 tahun penjara terhadap peniaga pukul isteri hamil hingga koma dan anak jadi OKU.

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya yang hamil sehingga wanita itu koma.

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Rosmaini Abd Raof, 42, terhadap sabitan serta hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.

Mahkamah turut menolak rayuan silang pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara selepas mendapati hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini adalah memadai.

Hakim Atan Mustaffa berkata tiada asas mencukupi untuk mengganggu dapatan serta keputusan mahkamah perbicaraan berhubung sabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penggantungan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Mahkamah menetapkan tambahan jaminan RM10,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM25,000.

Rosmaini didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentakkan kaki ke belakang tangan wanita itu yang ketika itu sedang hamil 10 minggu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Kesalahan itu dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Pada 25 Februari lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmaini untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya sementara menunggu rayuan.

Rosmaini sebelum ini sempat dipenjarakan 79 hari selepas Mahkamah Sesyen mensabitkannya atas pertuduhan itu pada 9 Disember tahun lepas.

Jahidah yang juga bekas penjawat awam, dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Wanita itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu kini disahkan berstatus Orang Kurang Upaya. – Bernama

ALSO READ: Permohonan tangguh hukuman penjara Ismanira ditolak mahkamah

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Defining Milestone for Gene Solutions: SPOT-MAS Multi-Cancer Screening Test Receives U.S. FDA Breakthrough...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Gene Solutions – a global biotechnology company advancing accessible genomic solutions for cancer detection and precision oncology, announced that SPOT-MAS 10 has received Breakthrough Device Designation from the U.S. Food and Drug Administration (FDA).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings