Tuesday, November 4, 2025
23 C
Malaysia
spot_img

PM Anwar hargai doa dan keprihatinan Sultan Brunei

The Sun Webdesk

Perdana Menteri Anwar Ibrahim terima panggilan daripada Sultan Brunei yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah terhadapnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata baginda berkenan menghubunginya tengah hari tadi untuk bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

“Baginda dengan penuh takzim bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pada Ahad, Anwar dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img