the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MyCC sasar tiga kartel utama, kes RON95 menurun selepas BUDI95

MyCC ambil tindakan tegas terhadap kartel makanan, bida tipu dan penyalahgunaan kuasa monopoli, dengan penalti mencecah RM657 juta.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hanya memberi tumpuan kepada isu teknikal kurang kritikal.

Beliau menegaskan MyCC menumpukan penyiasatan dan penguatkuasaan terhadap tiga jenis kartel utama.

Tiga fokus tersebut ialah tipuan bida dalam perolehan kerajaan, kartel dalam industri makanan dan produk pertanian, serta kartel dalam perkhidmatan asas pengguna.

Bagi kartel penetapan harga, MyCC telah mengambil tindakan tegas terhadap lima syarikat penghasil dedak ayam dengan penalti kewangan RM550.13 juta.

MyCC juga mengambil tindakan terhadap 150 penjual bunga di Cameron Highlands, 24 pengilang ais di Kuala Lumpur dan Selangor, tujuh pengusaha pusat tuisyen dan jagaan harian, serta 22 syarikat insurans am.

Armizan berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Bagi kartel tipuan bida, MyCC telah mengambil tindakan terhadap lapan vendor teknologi maklumat yang terlibat dalam perolehan di ASWARA.

Turut dikenakan tindakan ialah tujuh pembekal peralatan penyelamat nyawa dalam perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia, lapan kontraktor dalam perolehan JKR dan JPS, serta tiga kontraktor pengurusan fasiliti di Perbadanan Putrajaya.

Ini melibatkan nilai perolehan sebanyak RM539.7 juta dengan jumlah keseluruhan penalti berjumlah RM97.3 juta.

MyCC juga mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran insurans pas lawatan kerja pekerja asing dengan penalti RM9.6 juta.

Sementara itu, jumlah kes penyelewengan bahan api RON95 menunjukkan penurunan selepas pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Laporan menunjukkan terdapat 61 kes melibatkan 17,724 liter disita bagi tempoh 30 September hingga 29 Oktober 2025.

Ini berbanding 71 kes dengan 32,229 liter disita bagi tempoh 31 Ogos hingga 29 September tahun ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories