the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKP: Tindakan undang-undang terhadap individu rosak, alih kawat duri – Polis Tawau

TAWAU: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan harta benda polis termasuk kawat berduri dan tali rentang yang dipasang di beberapa laluan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata individu yang melakukan kesalahan itu boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 serta Akta Polis 1967.

“Pemasangan kawat duri serta tali rentang di beberapa laluan tertentu menandakan kawasan itu ditutup dan sebagai peringatan tegas kepada orang awam bahawa jalan itu tidak boleh dilalui sepanjang PKP dilaksanakan,“ menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau juga meminta orang awam melaporkan kepada polis jika terserempak atau melihat pihak tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengalih atau merosakkan sebarang peralatan milik Polis Diraja Malaysia.

Peter berkata demikian ketika mengulas isu beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan kawat berduri serta tali rentang yang dipasang polis di sebuah laluan ditutup di sini sepanjang PKP dipercayai telah dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

PKP di Tawau dilaksanakan dari 3 April hingga 16 April lepas sebelum dilanjutkan bermula 17 April lepas hingga 30 April ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings