the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sokongan rangkaian global penting untuk industri semikonduktor Malaysia

Perdana Menteri tekankan kepentingan rangkaian antarabangsa dengan AS dan China untuk pertumbuhan industri E&E dan semikonduktor Malaysia.

CYBERJAYA: Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat amat besar. Sekitar 25 peratus daripada keperluan E&E dan semikonduktor negara itu datang dari Malaysia dengan nilai hampir RM200 bilion, melibatkan ribuan rantaian bekalan serta puluhan ribu pekerja.

“Tetapi dalam masa yang sama kita ada dasar yang disebut centrality (kepusatan) ASEAN. Maka kita berkawan dengan negara China, kerana China mempunyai potensi perkembangan yang sangat pantas,” kata beliau.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 yang dianjurkan bersama oleh Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) dan Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hubungan strategik Malaysia dengan China turut penting memandangkan negara itu mempunyai potensi pertumbuhan industri dan teknologi yang sangat pesat.- Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories