the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM6.03 juta untuk bantu golongan terkesan Covid-19 di Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan peruntukan RM6.03 juta bagi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 fasa tiga kepada golongan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail(gambar).

Beliau berkata bantuan itu akan diberikan menerusi pengagihan bakul makanan dan antara penerimanya ialah nelayan berdaftar, operator dan pekerja kantin serta dewan makan asrama sekolah dan penjaja tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bantuan kali ini juga ialah tambahan kepada bantuan telah disalurkan sebelum ini menerusi pusat khidmat Dewan Undangan Negeri bagi menampung keperluan mereka yang sangat terkesan dengan Covid-19,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengumuman fasa tiga BPP Covid-19 itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan berjumlah RM23.13 juta, dengan fasa pertama bernilai RM7.8 juta pada 24 Mei lepas.

Fasa pertama melibatkan penerima daripada golongan miskin tegar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia lebih 80 tahun yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Manakala fasa kedua melibatkan peruntukan RM9.3 juta dengan antara golongan sasar ialah pengusaha bot, pemandu pelancong, operator dan pekerja kantin harian sekolah, penyedia perkhidmatan penghantaran dan pemandu e-hailing.

Turut menerima manfaat fasa dua yang diumumkan pada 4 Jun lepas ialah Orang Asli, penduduk kampung, veteran tentera dan pesara polis. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings