the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mesyuarat pertama Kabinet fokus status terkini jangkitan Covid: PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Kabinet dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar) hari ini antara lain memberi penekanan utama berhubung status terkini jangkitan Covid-19 di negara ini.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu turut memberi penekanan kepada pengukuhan tindakan tahap kesihatan secara proaktif oleh semua kementerian demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan negara daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

“Saya turut mengingatkan para menteri Kabinet dan setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah beliau dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan Ismail Sabri menjalani kuarantin kendiri bermula 30 Ogos selepas disahkan kontak rapat pesakit Covid-19. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings