the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat wanita antara lima ditahan edar,seledup dadah bernilai RM4.9 Juta: Bukit Aman

KAJANG: Polis Diraja Malaysia menahan empat wanita dan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat sindiket pengedaran dan penyeludupan antarabangsa pelbagai jenis dadah, yang dianggarkan bernilai RM4.9 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) berkata serbuan dilakukan pada 24 Sept hingga 28 Sept lepas hasil perkongsian maklumat dan kerjasama dengan pihak Biro Narkotik Pusat Singapura.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 71 tahun dan polis turut merampas tiga buah kenderaan masing-masing jenis Toyota Vellfire, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan Honda City bernilai RM250,000.

“Dalam serbuan berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.9 juta termasuk syabu seberat 5.8 kilogram (kg), ketamin seberat 14.8kg, Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) jenis cecair (30.1 liter), MDMA jenis serbuk 34.3kg dan kafein 2.2kg.

“Berdasarkan rampasan itu, kami juga percaya ada kegiatan memproses dadah di sebuah gudang di sini (Kajang) tapi perkara ini masih disiasat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini.

Abdul Aziz berkata sindiket ini menjalankan kegiatan penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kurier di Singapura, untuk menghantar bungkusan berisi dadah ke Singapura dan negara-negara Eropah melalui Singapura, dengan mengisytiharkan bungkusan tersebut mengandungi barang-barang sah.

Beliau berkata sejumlah RM426,926 wang turut disita daripada 11 akaun bank dan nilai keseluruhan rampasan dadah serta sitaan harta bernilai RM5.6 juta.

Menurutnya sindiket ini dipercayai mula bergiat aktif sejak awal tahun ini, selain turut mengedar dadah tersebut untuk bekalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Pihak polis juga masih mengesan beberapa individu yang telah dikenal pasti dan dalang yang masih bebas. Siasatan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing mereka juga negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama 12 hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings