the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Johor zahir penghargaan kepada kerajaan atas tambahan vaksin

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas penambahan bekalan dua juta dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Baginda bertitah tambahan bekalan dos vaksin itu akan mempercepatkan lagi sasaran mencapai imuniti kelompok di Johor.

“Keadaan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan rakyat amat membimbangkan…dengan penambahan dos vaksin ini, kita berupaya melindungi orang ramai serta mempercepatkan sasaran imuniti kelompok.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas tambahan dua juta dos vaksin kepada Johor,” titah Sultan Ibrahim dalam hantaran melalui laman Facebook rasmi baginda.

8 Ogos lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi kenyataan dilaporkan berkata tambahan dua juta dos vaksin itu meliputi semua jenis vaksin Covid-19 yang mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diagihkan ke seluruh pusat pemberian vaksin di Johor.

Terdahulu pada 5 Ogos, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan baginda mengenai kadar vaksinasi di Johor yang masih rendah.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings