the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan lelaki ditahan terlibat lombong bitcoin haram di Teluk Intan

Polis tahan lapan lelaki tempatan disyaki terbabit kegiatan perlombongan bitcoin haram di Taman Lagenda, Teluk Intan, dengan rampasan mesin

IPOH: Polis menahan lapan lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kegiatan perlombongan bitcoin haram di sekitar Taman Lagenda dekat Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata penahanan itu hasil tindakan susulan operasi khas pada 5 November lepas.

Pihak polis turut merampas dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton serta 40 unit mesin perlombongan bitcoin.

“Hasil soal siasat mendapati kesemua suspek berusia antara 17 hingga 44 tahun mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya.

Lima daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang rekod.

Kesemua suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Sebelum ini Bakri dilaporkan berkata pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan perlombongan bitcoin secara haram dalam serbuan di sebuah premis di Taman Lagenda.

Operasi itu dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad dan CyberSecurity Malaysia dari 2 hingga 6.30 petang pada 5 November lepas.

Turut dirampas 66 unit mesin perlombongan bitcoin, beberapa modem serta peralatan sokongan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings