the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga dalam talian juga perlu bayat zakat jika cukup syarat

KUALA LUMPUR: Peniaga dalam talian, ejen pesan hantar (dropship) dan mereka yang terlibat dalam perniagaan secara dalam talian adalah golongan yang layak dikenakan zakat perniagaan, kata Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Khairul Azhar Samsudin.

Beliau berkata peniaga-peniaga kecil perlu melaksanakan tanggungjawab zakat mereka ke pejabat PPZ-MAIWP sekiranya cukup syarat dan nisabnya.

“Dalam tempoh pandemik ini kita dapat lihat bahawa antara sektor ataupun industri yang agak melonjak adalah mereka yang terlibat dengan perniagaan dalam talian,” katanya dalam sesi temu bual yang bertajuk ‘Zakat Mengisi Perut Orang Lain’ melalui Google Meet.

Khairul Azhar berkata zakat perniagaan berbeza dengan zakat pendapatan ataupun zakat individu kerana golongan yang wajib membayar zakat perniagaan akan diberikan rebat cukai dan ia termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kelebihan bagi mereka yang membayar zakat perniagaan adalah zakat ini terhad kepada 2.5 peratus kepada pendapatan agregat sesebuah syarikat,” katanya.

Syarikat yang mempunyai pemilikan usaha sama dengan orang yang bukan Islam pula hanya perlu membayar mengikut pecahan pemilikan bagi pemilik beragama Islam sahaja.

“Sebagai contoh, dalam syarikat A terdapat dua pemegang saham Abu dan Ah Chong jadi kedua-duanya mempunyai ekuiti 50 peratus dalam syarikat A.

“Secara kesimpulannya, zakat dalam perniagaan ini dikira ke atas Abu sahaja iaitu 50 peratus, kita tidak mengambil kira ke atas Ah Chong kerana syarat wajib zakat tersebut ia haruslah beragama Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Khairul Azhar menyeru orang ramai yang layak membayar zakat perniagaan agar melaksanakan tanggungjawab mereka kerana zakat merupakan nadi dalam menggerakkan ekonomi kepada pemberi dan penerima zakat.

Katanya, penerima zakat akan mendapat pelbagai skim bantuan antaranya skim bantuan perniagaan bagi membantu bukan sahaja mereka dan keluarga malah dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Pada 15 Nov lepas, PPZ-MAIWP telah melancarkan kempen Year End Zakat YEZ bertujuan menggalakkan orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat selewat-lewatnya pada 31 Dis ini, bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan taksiran 2021 dan menikmati lebih 1,200 hadiah menarik. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings