the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid cadangkan pembentukan 'War Cabinet' dengan tumpuan kepada pemulihan negara

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi(gambar) semalam mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan dengan Kabinet yang efektif mirip “War Cabinet” yang hanya menumpukan proses pemulihan negara dalam mendepani pandemik Covid-19.

Beliau berkata “War Cabinet” ini perlu dibentuk bagi mewujudkan kerajaan yang stabil untuk satu tempoh yang munasabah bagi menguruskan soal-soal kesejahteraan rakyat yang semakin meruncing selain memerangi Covid-19.

Menurutnya, setelah negara mencapai imuniti kelompok dan keadaan memungkinkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, kerajaan itu harus dibubarkan bagi menyerahkan semula mandat mutlak kepada rakyat.

“Bagi menjamin kestabilan dan kerjasama politik dicapai, tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan hendaklah dihentikan. Menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk melemahkan lawan dalam mengekalkan kuasa tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam yang mengutarakan cadangan berkenaan bagi mengelakkan krisis politik yang dihadapi negara berulang.

Ahmad Zahid memaklumkan Umno turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang perkhidmatan beliau sebelum ini.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi sebagai Perdana Menteri, semalam.

Beliau berkata apa yang berlaku perlulah dijadikan teladan dan menyeru semua pihak memandang ke hadapan dengan memberi sepenuh tumpuan kepada satu matlamat bagi bersama menjaga kesejahteraan rakyat serta membina semula negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan terhirisnya apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya sepanjang kemelut politik negara.

“Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti (Melayu) terbesar.

Justeru, Umno sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon. Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua ahli-ahli Parlimen,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings