the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kaedah penggiliran ke sekolah tidak akan tambah beban tugas guru: Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah dengan memecahkan kelas kepada dua kumpulan pada pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Okt depan, tidak akan menambah beban tugas pengajaran guru.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin(gambar) berkata ini adalah kerana guru hanya perlu mengajar secara bersemuka mengenai silibus yang sama, untuk dua kumpulan murid yang berbeza.

“Kaedah pelaksanaan sistem penggiliran ini ialah satu kelas kita pecahkan kepada dua kumpulan, minggu pertama kumpulan A yang datang ke sekolah akan belajar secara bersemuka dengan guru, dan minggu seterusnya kumpulan ini akan belajar di rumah dan perkara yang mereka perlu buat adalah melakukan tugasan seperti aktiviti, buku teks termasuk pembelajaran melalui Youtube yang diberikan guru.

“Sistem ini tidak akan tambah beban tugas guru, sebab guru memang sudah buat persediaan dan rancangan mengajar, mereka hanya kongsikan perkara ini dengan murid untuk buat persediaan di rumah dan bila murid datang semula ke sekolah, guru akan tengok topik mana yang anak murid mereka tidak faham, guru akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Inklusif: Pengoperasian Sekolah Secara Selamat dan Kondusif yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Jelasnya, kumpulan B akan hadir ke sekolah pada minggu berikutnya untuk mengikuti sesi pembelajaran bersemuka.

Dalam pada itu, Radzi berkata dalam memastikan aspirasi kerangka yang dikeluarkan kementerian dapat dilaksanakan dengan baik, jaringan komunikasi bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan di peringkat bawah digunakan sebaiknya.

“Ibu bapa sendiri turut memohon supaya diadakan libat urus sekolah dengan ibu bapa, supaya masing-masing faham apa yang kementerian lakukan.

“Semalam, kami juga ada berjumpa Pengarah Pendidikan dan katakan arahan kami bahawa anak-anak kalau tidak datang sekolah, ada surat tidak akan dikenakan tindakan disiplin, kami sudah pesan janganlah pula nanti keluar surat amaran bila murid tiga hari tidak hadir ke sekolah, diberikan surat amaran,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings