Thursday, November 13, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor naikkan elaun ketua kampung, tok batin dan guru KAFA 2026

Belanjawan Johor 2026 umum kenaikan elaun ketua kampung RM1,500, tok batin RM1,500 dan guru KAFA RM1,762 dengan peruntukan berjuta-juta

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengumumkan kenaikan elaun untuk ketua kampung, tok batin Orang Asli dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam Belanjawan Johor 2026.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata elaun ketua kampung dan tok batin dinaikkan RM300 kepada RM1,500 sebulan bermula Januari depan.

Peruntukan tambahan RM2.6 juta disediakan bagi pelaksanaan kenaikan elaun berkenaan.

Elaun guru KAFA pula dinaikkan daripada RM1,612 kepada RM1,762 sebulan dengan peruntukan RM5.92 juta.

Seramai 2,150 orang guru KAFA akan menerima manfaat kenaikan elaun ini.

Bantuan one-off RM8.9 juta turut diperuntukkan untuk bilik guru lebih 54,000 guru di 1,780 sekolah termasuk sekolah agama kerajaan.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi program kerjasama dengan universiti terkemuka dunia seperti Oxford, Harvard, Stanford dan MIT.

Majlis Kecerdasan Buatan Johor diwujudkan untuk menjadikan negeri ini hab AI dan data serantau menjelang 2030.

Peruntukan RM774,000 disediakan bagi pelaksanaan Program Klinik Kaunseling.

Onn Hafiz berkata 35 inisiatif ini bertujuan memacu dan mentransformasi tadbir urus negeri.

“Setiap inisiatif ialah bukti bahawa Johor bergerak pantas bukan sekadar untuk pembangunan fizikal,” katanya.

Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion meningkat berbanding RM1.999 bilion tahun lepas.

Tumpuan belanjawan adalah menjamin kebajikan dan kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories