Thursday, November 13, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tunggu keputusan mahkamah AS sebelum langkah seterusnya

Malaysia akan dapat nasihat undang-undang jika keputusan mahkamah AS beri kesan negatif, kata Menteri MITI Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengenai kesahan tarif Presiden AS Donald Trump akan menentukan langkah Malaysia yang seterusnya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya keputusan berkenaan memberi kesan negatif kepada Malaysia.

“Apabila kita memeterai sesuatu perjanjian, kita perlu mempunyai niat yang betul. Oleh itu, sekiranya strategi kita untuk menandatangani perjanjian, tetapi mahu meratifikasinya kemudian, atau menunggu sesuatu perkara lain yang di luar kawalan kita, itu bukan tindakan yang jujur.

“Sebagai kerajaan Malaysia, jika kita telah memberikan komitmen, kita perlu menunjukkan komitmen itu. Sekiranya tidak, kredibiliti kita akan terjejas.

“Oleh itu, katakan Mahkamah Persekutuan meluluskan keputusan itu, dan perkara itu dibawa ke Kongres… beliau ialah presiden dan mempunyai kuasa eksekutif. Kita akan menunggu sehingga Kongres bersidang,” katanya pada sidang media mengenai prestasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi suku ketiga  2025 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai implikasi keputusan mahkamah AS dan sama ada akan berlaku kelewatan untuk meratifikasi perjanjian Malaysia-AS.

Tengku Zafrul berkata Malaysia melihat potensi pertumbuhan yang besar dalam sektor semikonduktor dan komited untuk mendorong hasil yang menggalakkan dalam rundingan Seksyen 232 yang sedang dijalankan dengan AS mengenai sektor kritikal.

Menurut MITI, AS akan memberi pertimbangan khas kepada sektor semikonduktor Malaysia dalam rundingan tarif di bawah Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan AS 1962.

“Buat masa ini, sebanyak 1,711 eksport Malaysia ke AS akan menikmati sifar tarif di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani antara Malaysia dan AS. (Semikonduktor tidak termasuk dalam senarai 1,711 ini) tetapi tarif kekal sifar buat masa ini (bagi semikonduktor).

“Secara jujurnya, di bawah Seksyen 232, masih ada (kemungkinan kepada) rundingan. Masih ada semakan dan kajian bagaimana ia memberi kesan kepada keselamatan ekonomi AS. Tetapi bagi pihak kita, kita akan terus mengadakan libat urus dengan AS. Pemeteraian ART membuka peluang yang lebih baik kepada rundingan mengenai semikonduktor,” katanya.

Tengku Zafrul berkata Malaysia akan mengutamakan pembukaan pasaran baharu selaras dengan Belanjawan 2026 apabila kerajaan menaikkan Geran Pembangunan Pasaran sebanyak 100 peratus untuk menyokong syarikat Malaysia ke pasaran luar negara melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Menurutnya Malaysia berhasrat untuk memperluas operasi dalam pasaran sedia ada terutama di Amerika Latin dan Afrika memandangkan syarikat Malaysia telah mempunyai kedudukan yang kukuh di sini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

SuneVision wins Gold Stevie® Award for technology excellence

SUNeVision Holdings Ltd., Hong Kong’s largest data centre provider and technology arm of Sun Hung Kai Properties, has won the Gold Stevie® Award for Technology Excellence in the 2025 Stevie Awards. The MEGA IDC project team was recognised as the Technology Team of the Year – Infrastructure for its world-class data centre design and execution. MEGA IDC, built to power AI-driven operations, delivers over 50MW in its first phase and will expand to 180MW across three phases, setting a new standard for digital infrastructure in Hong Kong.

“Thai Select Festival” brings the authentic flavors of Thailand to Los Angeles

The Department of International Trade Promotion (DITP), Ministry of Commerce of Thailand, hosts the “Thai Select Festival” in Los Angeles, showcasing authentic Thai cuisine, culture, and the Thai SELECT certification through an immersive night market experience.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories