Goh Sze Fei-Nur Izzuddin layak ke separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan.
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke separuh akhir Masters Jepun 2025 hari ini.
Pilihan kedua kejohanan itu menewaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan berlangsung hingga set penentuan.
Gandingan profesional negara itu menang 21-16 di set pertama sebelum tewas 10-21 pada set kedua.
Mereka kemudian memuktamadkan kemenangan 21-16 dalam pertarungan suku akhir berlangsung 46 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan pemenang daripada pertembungan antara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita. – Bernama






