Friday, November 14, 2025
29.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sze Fei-Izzuddin dan Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Jepun

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Pearly Tan-M. Thinaah layak ke separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas tewaskan lawan Taiwan di Kumamoto.

KUALA LUMPUR: Dua beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke separuh akhir Masters Jepun 2025.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang diunggulkan kedua menewaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-16, 10-21, 21-16 di suku akhir.

Pasangan profesional itu akan berdepan wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita di separuh akhir.

Bagi acara beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah mengatasi pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17.

Mereka akan menanti pemenang antara Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun dan pasangan Taiwan Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh.

Dua lagi beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King tewas kepada Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 19-21, 14-21.

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri pula dikalahkan pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Li 16-21, 16-21.

Perjuangan Wong Ling Ching dalam perseorangan wanita berakhir selepas tewas kepada Ratchanok Itanon dari Thailand 17-21, 9-21. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories