the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vigneswaran serah masa depan MIC kepada perwakilan parti

Presiden MIC serahkan hala tuju parti kepada perwakilan dalam perhimpunan tahunan, gesa pembaharuan untuk tarik minat anak muda

SHAH ALAM: Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan hala tuju dan masa depan parti itu dalam Barisan Nasional.

Beliau dalam ucapan dasar meminta ahli membuat keputusan demi memastikan kelangsungan dan kekuatan MIC.

“Keputusan anda hari ini akan menentukan hala tuju, kekuatan dan kerelevanan kita untuk tahun-tahun yang akan datang,” katanya berucap di hadapan 1,808 perwakilan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

Vigneswaran meminta perwakilan mempercayai dan memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja Pusat jika mereka tidak dapat membuat keputusan.

Beliau mengimbau perjalanan MIC dalam gabungan Perikatan sebelum menjadi BN dengan perjuangan asal berdasarkan tujuan dan kerjasama tulen.

“Jika itu tuntutan takdir, maka kita bukan melarikan diri daripada sejarah, kita kembali kepadanya,” katanya.

Vigneswaran menegaskan kisah MIC bukan berakhir sebaliknya satu permulaan baharu tentang keberanian dan keyakinan.

Beliau menyeru pemimpin dan akar umbi MIC bertutur dalam bahasa anak muda bagi memperbaharui perjuangan mereka.

Anak muda Malaysia bijak, lantang dan tidak gentar menegur serta tidak akan menyokong parti yang enggan berubah.

“Mereka mahukan keikhlasan, tindakan, dan maklum balas segera terhadap mesej WhatsApp,” katanya.

Mesej parti perlu jelas dan dekat dengan jiwa anak muda menerusi platform seperti Instagram, TikTok, YouTube, X dan podcast.

Beliau menggesa Wanita MIC berkembang sebagai pergerakan nasional dan advokasi.

Wanita MIC perlu menyediakan sokongan undang-undang, pendidikan, bimbingan kerjaya serta latihan literasi digital.

“Kaum wanita India tidak pernah meminta layanan istimewa, hanya keadilan, peluang, dan penghormatan,” katanya.

Apabila wanita bangkit, bukan hanya mereka yang mendapat manfaat tetapi keluarga juga mendapat kestabilan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings