Tuesday, November 18, 2025
28.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Pulau Pinang bincang aspek keselamatan projek LRT Laluan Mutiara

PDRM Pulau Pinang adakan mesyuarat keselamatan LRT Laluan Mutiara, tekankan koordinasi rapi dengan MRT Corp bagi jamin operasi tidak terjejas.

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang mengadakan perbincangan dengan agensi keselamatan bagi meneliti perkara penting berkaitan keselamatan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Ketua Polis negeri Datuk Azizee Ismail mempengerusikan Mesyuarat Projek LRT Laluan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang.

Mesyuarat penyelarasan awal itu membincangkan aspek keselamatan, pengurusan operasi serta pelaksanaan projek infrastruktur mega pertama di utara tanah air.

PDRM merakamkan penghargaan atas pembentangan awal oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Pihak polis menegaskan keperluan penyelarasan rapi agar operasi keselamatan tidak terjejas.

“PDRM meminta agar dimaklumkan lebih awal mengenai sebarang aktiviti pembinaan berhampiran kawasan strategik,” menurut hantaran Facebook PDRM Pulau Pinang.

Perubahan garis masa projek yang mungkin beri implikasi terhadap keselamatan turut perlu dimaklumkan.

Penilaian risiko terhadap jajaran LRT berhampiran premis penting PDRM diberikan keutamaan.

Ini termasuk ibu pejabat polis daerah, balai polis, kuarters dan stor logistik bagi pastikan perimeter keselamatan tidak terjejas.

PDRM juga memohon penjelasan lanjut mengenai pelan struktur jejambat.

Perkara seperti ketinggian, jarak dari premis PDRM serta implikasi terhadap garis pandang dan privasi operasi turut dibincangkan.

Akses keluar masuk kenderaan peronda turut menjadi perhatian dalam mesyuarat tersebut.

Aspek susun atur premis PDRM turut dibincangkan termasuk keperluan menilai semula keselamatan kawasan sensitif.

Kawasan seperti bilik tahanan dan stor senjata memerlukan penilaian keselamatan semula.

Penyediaan laluan kecemasan alternatif turut difokuskan bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan peronda.

PDRM mencadangkan penubuhan pegawai perhubungan khas dan saluran komunikasi 24/7.

Ini bagi menangani isu kecemasan dan perkara berkaitan pembinaan sepanjang tempoh projek.

PDRM merakamkan penghargaan kepada semua agensi termasuk Bukit Aman, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta MRT Corp.

PDRM bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama bagi memastikan projek strategik itu dapat direalisasikan.

Projek LRT Laluan Mutiara ialah jajaran sepanjang 29.5 kilometer yang menghubungkan 21 stesen.

Laluan itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Zon Perindustrian Bebas (FIZ), pusat bandar George Town dan Penang Sentral.

Ia juga melalui beberapa balai polis termasuk Balai Polis Jalan Tengah, Balai Polis Bayan Baru, Balai Polis Sungai Nibong dan Balai Polis Jelutong. – Bernama

BACA:

Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh dua beranak

Polis buru suspek kes bunuh lelaki dalam bagasi di Butterworth

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories