the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua remaja hilang di Cameron Highlands ditemukan selamat di Kedah

Dua remaja perempuan dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak 17 November ditemukan selamat di rumah kenalan di Pokok Sena, Kedah

CAMERON HIGHLANDS: Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sini pada Isnin lepas telah ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata Nurul Syuhada Mohd Faizal, 15, dan rakannya Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, berjaya dikesan di rumah kenalan di Pokok Sena, Kedah pagi tadi.

Beliau mengesahkan kedua-dua remaja itu berada dalam keadaan baik dan telah selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Terima kasih kepada semua yang peka dan membantu serta bekerjasama dengan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, polis telah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kedua-dua remaja tersebut yang dilaporkan hilang sejak 17 November.

Laporan kehilangan rasmi telah diterima oleh pihak polis pada hari Selasa lalu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories