the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC terima satu laporan berita palsu sepanjang kempen PRN Sabah

MCMC terima satu laporan penyebaran maklumat palsu dalam media sosial sepanjang kempen PRN Sabah, bekerjasama dengan PDRM untuk siasat

SANDAKAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima satu laporan berkaitan penyebaran maklumat palsu dalam media sosial sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MCMC akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Tindakan itu terhadap seorang pengguna media sosial yang memuat naik hantaran menghasut rakyat Sabah supaya membenci Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teo menasihati orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan kesalahan kempen melalui platform media sosial.

“Jika ada aduan daripada SPR, kemungkinan MCMC akan membantu menurunkan bahan kempen calon terbabit, namun setakat ini memang tiada aduan,“ katanya ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi bersempena PRN Sabah.

Beliau berharap situasi positif itu akan kekal sehingga tamat tempoh kempen PRN pada 28 November ini.

Menurut Teo, hampir semua calon menggunakan media sosial sebagai medium berkempen kerana lebih mudah mendekati pengundi.

Penggunaan media sosial sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan calon untuk berkongsi pandangan dan menawarkan diri sebagai wakil rakyat.

“Bagaimanapun, saya berharap semua calon dapat menggunakan Internet secara beretika dan bertanggungjawab ketika berkempen,“ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 November bagi undi awal manakala 29 November sebagai hari pengundian.

Sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings