Monday, November 24, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 400 mangsa terkandas tanah runtuh di Wang Kelian

Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar akibat tanah runtuh

KANGAR: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, sekitar 1 tengah hari tadi berikutan hujan berterusan sejak awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata mereka terdiri daripada 300 rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan selebihnya penduduk setempat yang terjejas banjir.

Mohd Shokri berkata mereka kini ditempatkan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

“Keadaan mereka selamat di masjid ini sebab kawasan situ agak tinggi. Pihak polis bersama agensi lain seperti bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) berada di sana bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Mohd Shokri berkata setakat malam ini laluan di jalan berkenaan masih belum dibuka kerana bimbang berlaku pergerakan tanah memandangkan keadaan masih hujan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

xTool Launches “Make It Here” Initiative to Fuel a European Renaissance of Making

BERLIN, GERMANY - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - xTool, a global leader in desktop laser cutters and smart fabrication tools, today launched its “Make It Here” initiative, underscoring its expanded commitment to Europe through localisation efforts, community programs, and new tools designed for creators, local workshops, and education.

Oasis Home Holding secures exclusive online rights for FIFA World Cup 2026 merchandise

Through a new agreement with Esteem International, Oasis Home Holding Bhd will exclusively distribute authentic FIFA World Cup 2026 merchandise online in Malaysia. The company plans to leverage livestreaming, creator partnerships and its strong TikTok Shop presence to deliver wider access and a more engaging shopping experience for local football fans.
spot_img

Popular Categories