the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi pemindahan rakyat Malaysia di Hat Yai dipergiat selepas banjir surut

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Lebih 700 rakyat Malaysia dipindahkan dari Hat Yai selepas banjir surut dengan bantuan tentera Thailand dan sukarelawan

HAT YAI: Kementerian Luar mempergiat operasi pemindahan rakyat Malaysia yang terjejas banjir di Hat Yai selepas keadaan cuaca bertambah baik.

Lebih 700 orang telah dibawa ke Bukit Kayu Hitam pada Rabu selepas paras air mula surut dengan ketara sejak malam semalam.

Operasi menyelamat yang diselaraskan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berjaya memindahkan 517 rakyat Malaysia dari 22 hotel dan inap desa.

Mereka dibawa ke pusat perlindungan sementara bagi persiapan pemindahan keluar dari kawasan terjejas.

Sebanyak 27 pelajar Universiti Sains Malaysia dan dua pensyarah juga telah melintasi sempadan di Betong/Pengkalan Hulu.

Operasi pemindahan dibantu Tentera Diraja Thailand, Pasukan Bomba Sukarelawan, Sikh United serta pelbagai kumpulan sukarelawan lain.

Sekurang-kurangnya 18 perjalanan bas disediakan untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari kawasan terjejas.

Kementerian menganggarkan kurang 1,000 rakyat Malaysia masih berada di Hat Yai ketika ini.

Operasi pemindahan akan diteruskan sehingga semua yang terkesan dapat dibantu dengan selamat.

Rakyat Malaysia yang berada di Hat Yai diminta segera mendaftar dan memberi maklumat lokasi yang tepat.

Koordinat GPS diperlukan bagi memudahkan operasi menyelamat secara bersasar.

Ahli keluarga di Malaysia yang percaya saudara mereka mungkin masih terkandas diminta menghubungi Bilik Gerakan.

Ini terutama dalam kes melibatkan warga emas, pesakit atau individu yang mungkin menghadapi masalah komunikasi.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi bilik gerakan Kementerian Luar di Putrajaya melalui talian +603-8887 4570.

Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +66-87-028-4659 atau +66-2340-5721.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi di talian +(6674) 316274 atau +(6681) 9901930.

Kementerian berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan dan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Results of the ixCrypto Index Series Quarterly Review (2026 Q2) & IX Digital Asset...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - IX Asia Indexes today announced the 2026 second quarter (Q2) review result of the ixCrypto Index Series and the IX Digital Asset Industry Index Series. The constituent changes will be implemented on the effective date of 24th July 2026 (Friday). The results of the constituent review and exchange review are as follows:

Bona® scales Asia Pacific presence with expanded SuperSport System catering to the region’s diverse...

MALMÖ, SWEDEN - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - As the global sports flooring market continues to grow, Bona, a world leader in flooring solutions for over 100 years, is strategically strengthening its reach across the Asia Pacific (APAC) region.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings