the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis lemas sebelum sempat bertunang selepas raya

Konstabel Muhammad Rahimi lemas dihanyutkan arus deras ketika pergi bertugas, gagal penuhi hajat bertunang selepas Aidilfitri tahun depan.

KLUANG: Seorang anggota polis yang ditemui lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Kampung Giching, Sepang tidak kesampaian hajatnya untuk mengikat tali pertunangan selepas Aidilfitri tahun depan.

Bapa mangsa, Amirudin Mohd Hanifah, 52, berkata anaknya Konstabel Muhammad Rahimi, 23, baru pulang membeli cincin sebagai persiapan terakhir majlis merisik dan pertunangan sebelum kejadian berlaku.

Amirudin yang bertugas di Penjara Kluang menyatakan arwah sempat menikmati makan malam bersama bakal tunang dan keluarganya sebelum bersiap untuk bertugas pada pukul 11 malam.

“Sebelum dihanyutkan arus, arwah sempat bertanya kepada penduduk sama ada jalan itu boleh dilalui atau tidak,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama, Simpang Renggam.

“Namun dia tetap melaluinya walaupun telah dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.”

Ketika melalui lintasan air tersebut, kereta arwah dikatakan hanyut ke dalam tali air, memaksanya keluar dari kenderaan dan berenang ke tepi sebelum dihanyutkan arus deras.

Mangsa yang bertugas di ibu pejabat polis daerah Nilai sejak setahun lepas cuba menyelamatkan diri dengan berenang setelah keretanya tersangkut akibat paras banjir tinggi.

Dia dilihat cuba berpaut pada tiang papan tanda jalan dalam keadaan lengkap beruniform sebelum dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 10.30 malam.

Mayatnya ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

Jenazah Muhammad Rahimi disembahyangkan di Suraa Ar Raudah, Penjara Simpang Renggam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama dan dikebumikan pada pukul 10 malam.

Amirudin merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat sehingga jasad anaknya ditemui. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings