the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus pindaan akta, larang ahli politik dalam LPQB

Dewan Rakyat lulus RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025, larang individu berjawatan parti politik jadi anggota Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) (No.2) 2025 hari ini.

Pindaan itu antara lain bertujuan melarang pelantikan individu yang memegang jawatan dalam parti politik sebagai anggota Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LPQB).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata perkara itu termaktub dalam subseksyen 7(3) pindaan Akta Profesion Undang-Undang 1976.

“Dengan wujudnya perlindungan ini, tidak seharusnya berbangkit kebimbangan dalam kalangan Ahli Parlimen mengenai dakwaan mengenai pengaruh, campur tangan atau lantikan politik dalam LPQB,“ katanya.

Beliau berkata pindaan itu juga akan memperkukuh tadbir urus, kecekapan dan akauntabiliti LPQB.

Usaha itu selaras dengan hasrat menambah baik profesion perundangan di Malaysia.

Pindaan lain terhadap Akta 166 melibatkan Seksyen 4 untuk menjelaskan status LPQB sebagai suatu pertubuhan perbadanan.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas perbahasan oleh 12 Ahli Parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings