MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Melaka dan lapan daerah Johor sehingga jam 2 petang.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga jam 2 petang ini.
Amaran itu dikeluarkan pada jam 10.40 pagi dan melibatkan seluruh negeri Melaka.
Di Johor, amaran ini merangkumi lapan daerah iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.







