the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat rumah dan bengkel musnah dalam kebakaran di Meru

Empat rumah, sebuah bengkel dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Meru, Klang, tanpa mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

SHAH ALAM: Empat rumah dan sebuah bengkel musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Meru, Klang.

Kejadian itu turut memusnahkan sebuah kereta Proton Waja, sebuah Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha Ego.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.39 petang.

Sebanyak 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan ke lokasi dengan bantuan pasukan dari BBP Klang Utara dan BBP Bukit Jelutong.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan empat rumah dan sebuah bengkel usang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata anggaran kemusnahan adalah 90% dan tiada mangsa dilaporkan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.13 petang.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories