the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JPJ Negeri Sembilan keluarkan 34,848 notis dalam operasi kenderaan perdagangan

JPJ Negeri Sembilan ambil tindakan ke atas 11,241 kenderaan perdagangan dan keluarkan 34,848 notis dalam operasi penguatkuasaan sepanjang tahun ini.

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengambil tindakan ke atas 11,241 kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan dalam operasi dari Januari hingga 29 November lepas.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata sebanyak 44,964 kenderaan telah diperiksa sepanjang tempoh tersebut.

“Tindakan diambil termasuk pengeluaran notis, denda atau arahan periksa untuk memperbaiki kesalahan yang dikesan,” katanya.

Beliau menegaskan pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan secara aktif setiap hari bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan khususnya membabitkan kenderaan berat.

Operasi khusus ‘Perang Lebih Muatan’ yang dilaksanakan sejak Oktober lepas menyaksikan 7,492 kenderaan perdagangan diperiksa.

Sebanyak 1,389 notis telah dikeluarkan dalam operasi khusus itu.

“Sembilan kenderaan diambil tindakan sita di bawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kini dalam proses permohonan lucut hak dari mahkamah,” jelas Hanif.

Related

spot_img

Latest

Why AI literacy matters

AI already shapes what Malaysians see online, but experts warn against blind reliance, urging critical thinking, human judgement and digital literacy in daily life for young users

Most Viewed

spot_img

Popular Categories