the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sultan Ibrahim kurnia surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Malaya dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan dalam istiadat di Istana Negara.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim dalam satu istiadat di Istana Negara.

Istiadat berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu bermula dengan pengurniaan surat cara kepada Hakim Besar Malaya Datuk Hashim Hamzah.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan.

BACA: Agong ingatkan graduan jadi pembina tamadun unggul, elak perkara tidak sihat

Mereka ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hashim sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan dan dilantik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Sri Hasnah Hashim yang bersara wajib pada 14 November lalu.

Keempat-empat hakim Mahkamah Persekutuan itu juga sebelum ini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Antara yang hadir menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said juga hadir.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad juga berada di majlis itu.

Selesai istiadat pengurniaan, Seri Paduka Baginda berkenan bergambar bersama para hakim yang baru dilantik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CUHK achieves top 20 global ranking in QS World University Rankings 2027

The Chinese University of Hong Kong has entered the global top 20 in the QS World University Rankings 2027 for the first time. The achievement reflects strong gains in research, internationalisation and academic reputation, reinforcing CUHK’s position as a leading global research university.

HKDL’s immersive interactive experiences win guests’ hearts Lucky Nugget Spin at Grizzly Gulch surpasses...

Hong Kong Disneyland Resort continues enhancing guest experiences through immersive retail, interactive storytelling and collectible merchandise. The popular Chip 'n' Dale Lucky Nugget Spin has attracted over 30,000 participants, while new Pixar and Marvel experiences are set to expand the park’s entertainment offerings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings