the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ewon Benedick fokus perkukuh ekosistem keusahawanan Sabah mesra pelabur

Timbalan Ketua Menteri Sabah Ewon Benedick tekad perkasa ekosistem keusahawanan negeri agar lebih mesra pelabur dan berdaya saing

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick menegaskan komitmennya untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan Sabah agar lebih mesra pelabur dan berdaya saing.

Beliau yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata fokus itu menjadi antara teras utama yang dibentangkannya dalam taklimat hari pertama bersama pembantunya.

Ewon berkata penekanan kementerian adalah untuk membina ekosistem yang benar-benar memenuhi keperluan usahawan kecil dan sederhana, koperasi dan peniaga kecil.

“Harapan saya supaya kementerian ini dapat membentuk ekosistem keusahawanan yang mesra pelabur,” katanya kepada pemberita selepas ‘clock-in’ di kementeriannya.

Beliau menambah peningkatan standard dan kualiti produk usahawan Sabah juga menjadi elemen utama selaras dengan agenda Sabah First.

Ewon berkata tiga fokus berkenaan akan menjadi asas kepada usaha kementerian menjadikan rakyat Sabah lebih berbangga dengan mutu produk serta perkhidmatan tempatan.

“Ketiga-tiga ini merupakan agenda Sabah First yang saya akan perjuangkan di bawah kementerian ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan kesediaannya menerajui kementerian itu untuk terus memacu peningkatan prestasi.

Sementara itu Pembantu Menteri Datuk Jonnybone J Kurum bertekad menyokong pelaksanaan agenda kementerian dengan memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan.

Beliau berkata amanah yang diberikan kepadanya akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan dapat dilaksana secara inklusif.

“Saya percaya beliau (Ewon) seorang yang berpengalaman dan beliau menggalas tanggungjawab untuk mengemudi kementerian ini,” katanya.

Jonnybone berkata Telupid, yang masih tersenarai antara kawasan termiskin di Sabah, akan menjadi salah satu fokus utamanya untuk dimajukan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rehda calls for data-driven housing reforms

alaysia’s affordable housing policies are struggling to keep pace with demographic shifts and market realities, according to the Rehda Institute, which called for a data-driven approach to reform quota requirements and pricing mechanisms.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories