MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 1 tengah hari.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Amaran berkuat kuasa sehingga jam 1 tengah hari ini.
Keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang meliputi daerah Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.
Di Johor, amaran dikeluarkan untuk kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
Amaran sama turut melibatkan negeri Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman serta Betong (Pusa dan Betong).
Di Sabah, amaran dikeluarkan untuk kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu.
Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ini merupakan amaran jangka pendek yang berkuat kuasa untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.







