the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan warga emas, rampas 30 mesin bitcoin

Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 30 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Balik Pulau kerana menggunakan sambungan elektrik tidak sah.

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 30 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di beberapa premis sekitar Jalan Air Putih di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata serbuan bersama pasukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) itu dijalankan pada 10.01 malam.

Warga tempatan berusia 60 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati premis itu menggunakan sambungan elektrik tidak sah.

“Semakan TNB mendapati anggaran kerugian akibat kecurian elektrik di premis itu ialah RM22,744,” katanya dalam kenyataan.

Polis turut merampas seunit modem dan kini giat mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Anuwal meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat atau melaporkan aktiviti mencurigakan termasuk kecurian elektrik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings