the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBS pindahkan MyKiosk tiada sambutan ke lokasi lebih strategik

MBS akan pindahkan unit MyKiosk yang kurang sambutan ke lokasi baharu lebih strategik, kata Exco, bagi manfaatkan sepenuhnya oleh peniaga layak.

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan segera memindahkan unit MyKiosk yang kurang sambutan ke lokasi baharu lebih strategik.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J. Arul Kumar berkata MBS telah menilai semula lokasi terlibat dan menetapkan mekanisme tindakan susulan.

“Benar, terdapat beberapa lokasi yang masih tiada peniaga,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata MBS berusaha mendapatkan peniaga namun sambutannya kurang menggalakkan khususnya di kawasan Kampung Jerangkang, Labu.

“Lokasi seperti ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih berpotensi.”

Arul berkata Datuk Bandar Seremban memaklumkan jika dalam tempoh sebulan masih tiada peniaga, MyKiosk berkenaan akan dipindahkan.

“Saya juga akan memastikan semua MyKiosk tidak aktif dipindahkan segera, paling penting, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga-peniaga yang layak.”

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Asna Amin (BN-Lenggeng) mengenai tindakan menyelesaikan isu MyKiosk tiada sambutan di Lenggeng dan Labu, Nilai.

Arul berkata kerajaan negeri komited memastikan setiap inisiatif memberi pulangan terbaik kepada peniaga kecil.

Inisiatif itu khususnya menyasarkan golongan B40 dan usahawan baharu yang menyertai MyKiosk. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings