the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rashid Sidek yakin Ling Ching mampu kejutkan pemain ternama antarabangsa

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Legenda badminton Rashid Sidek percaya Wong Ling Ching ada potensi untuk cipta kejutan di pentas antarabangsa berikutan kemenangan ke atas Gregoria Mariska.

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek yakin pemain perseorangan wanita Wong Ling Ching memiliki potensi besar untuk melakar kejutan di pentas antarabangsa.

Keyakinan itu berdasarkan keberanian dan disiplin permainan yang ditunjukkan setiap kali beliau diberi peluang beraksi di gelanggang.

Ia turut diperkukuhkan dengan kemampuan Ling Ching menundukkan pemain ranking ke-10 dunia dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, pada Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Saya memang tidak terkejut kalau beliau boleh ‘kejutkan’ pemain ternama. Beliau ada kualiti itu,” katanya selepas majlis sidang media Pengumuman Pelakon dan Penaja Rasmi bagi filem ‘Sentuhan Wira’.

Rashid yang pernah membimbing pemain ranking ke-44 dunia itu berkata Ling Ching sentiasa menunjukkan sikap positif dalam latihan.

Beliau berusaha meningkatkan permainan dan tidak gentar berdepan lawan ternama yang lain.

“Dari segi ‘sikap’, memang bagus. Beliau tidak kira siapa berada di hadapannya, yang penting beliau bermain sehabis baik,” katanya.

Pada Isnin lepas, Malaysia hampir menamatkan penantian lapan tahun untuk mara ke final acara badminton berpasukan wanita.

Pasukan wanita tewas 2-3 kepada Indonesia dalam aksi separuh akhir Sukan SEA 2025 di Pathum Thani, Thailand.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia secara tidak rasmi berkongsi pingat gangsa bersama Singapura dalam acara beregu wanita.

Sukan SEA 2025 berlangsung secara rasmi bermula semalam hingga 20 Dis di Bangkok dan Chonburi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NCB introduces Seamless Cross-Border QR Payments for international travellers in Vietnam

Open visa policies, a wealth of cultural and natural attractions, acclaimed cuisine, warm local hospitality, and increasingly convenient payment options are fast positioning Vietnam as one of the most compelling destinations in Southeast Asia and beyond.

DITP launches THAI SELECT Festival 2026 in New York to strengthen U.S. market opportunities...

DITP will host the THAI SELECT Festival 2026 in New York to promote authentic Thai cuisine, expand recognition of the THAI SELECT certification, and create new business opportunities for Thai restaurants, food producers, and exporters in the U.S. market.

Paymentology and T2P partner to accelerate the future of card issuing in Thailand

Paymentology and T2P have partnered to expand modern card issuing capabilities in Thailand, enabling businesses to launch secure, scalable payment programmes while supporting the country's growing digital payments ecosystem and accelerating innovation in embedded finance and cashless solutions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings