the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Koperal polis didakwa pandu bahaya sebabkan kematian di Kangar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut di Perlis

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian.

Muhammad Zulhairi Shunazar Abdul Shukor, 38, yang bertugas di Balai Polis Kuala Perlis, didakwa menyebabkan kemalangan maut yang membunuh seorang lelaki berusia 24 tahun pada 25 November lepas.

Dia didakwa memandu secara berbahaya sehingga berlanggar dengan sebuah motosikal dan menyebabkan kematian penunggangnya, Muhammad Firdaus Aiman Zainon.

Kejadian itu berlaku di Jalan Persiaran Wawasan, berhadapan dengan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada pukul 10.20 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga 10 tahun.

Majistret Nurul Natasha Rizal membenarkan Muhammad Zulhairi Shunazar diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.

Dalam mahkamah sama, anggota polis itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu tanpa kecermatan sepatutnya.

Pertuduhan kedua itu melibatkan kemalangan dengan sebuah motosikal lain yang menyebabkan kecederaan parah kepada penunggangnya, Aliff Noorhakim Alijesree, 25.

Kejadian kedua berlaku di lokasi, masa dan tarikh yang sama dengan kes pertama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

Majistret Nurul Natasha membenarkan dia diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah menetapkan 28 Januari 2026 sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Trafik IPD Kangar, Inspektor S. Mageswaran.

Anggota polis itu diwakili oleh Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Hasnor Arysha Hamdan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Results of the ixCrypto Index Series Quarterly Review (2026 Q2) & IX Digital Asset...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - IX Asia Indexes today announced the 2026 second quarter (Q2) review result of the ixCrypto Index Series and the IX Digital Asset Industry Index Series. The constituent changes will be implemented on the effective date of 24th July 2026 (Friday). The results of the constituent review and exchange review are as follows:

Bona® scales Asia Pacific presence with expanded SuperSport System catering to the region’s diverse...

MALMÖ, SWEDEN - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - As the global sports flooring market continues to grow, Bona, a world leader in flooring solutions for over 100 years, is strategically strengthening its reach across the Asia Pacific (APAC) region.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings