the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
29.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UMNO Sabah runding dengan GRS untuk PRK Kinabatangan-Lamag

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

UMNO Sabah mahu berbincang dengan GRS bagi tentukan strategi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, tunggu maklum balas Ketua Menteri.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah mahu mengadakan rundingan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata perbincangan itu penting memandangkan UMNO adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bersama-sama dengan GRS.

Beliau berkata parti itu melihat keperluan untuk mencapai kesepakatan bersama sebelum memuktamadkan strategi PRK berkenaan.

“Saya juga terpanggil untuk memaklumkan bahawa memang perlu untuk kita berbincang dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah untuk sama-sama mencari jalan dan solusi tentang PRK DUN Lamag dan Kinabatangan,” katanya.

Jafry berkata UMNO Sabah kini menunggu maklum balas daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berhubung cadangan rundingan itu.

Mengulas persiapan parti, beliau berkata gerak kerja awal telah digerakkan termasuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa bahagian serta sesi libat urus bersama kepimpinan akar umbi.

“Alhamdulillah kita telah pun mendapat komitmen daripada peringkat akar umbi untuk meneruskan kerja-kerja memastikan kerusi Parlimen Kinabatangan dan juga DUN Lamag ini mendapat kemenangan sekiranya diberikan ruang dan peluang untuk kami,” katanya.

UMNO Sabah secara prinsip melihat Barisan Nasional (BN) wajar mempertahankan kedua-dua kerusi berdasarkan sejarah dan rekod penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Mengenai calon, Jafry berkata UMNO Bahagian Kinabatangan sudah mengumpulkan pandangan akar umbi dan menyediakan beberapa nama berpotensi.

“Bahagian Kinabatangan telah mendengar rintihan, pandangan daripada peringkat akar umbi dan telah siap sedia menamakan beberapa muka-muka baharu dan mungkin juga anak kepada Allahyarham. Tetapi itu terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag masing-masing pada 24 Januari 2026.

Penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari manakala pengundian awal pada 20 Januari.

PRK itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar, pada 5 Disember lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings