the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu lori tangki maut langgar dinding jejambat di Selangau

Seorang pemandu lori tangki maut tersepit selepas kenderaannya melanggar dinding jejambat di simpang Mukah-Selangau, Sibu.

SIBU: Seorang pemandu lori tangki minyak sawit maut dalam kemalangan di jejambat simpang Mukah-Selangau di sini pada tengah malam tadi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Andy Alie berkata mangsa Tolles Lana, 37, tersepit pada bahagian pinggang dan kaki.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 12.59 tengah malam.

Mereka tiba di lokasi kemalangan pada 1.05 pagi.

“Kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah lori tangki yang melanggar dinding jejambat,” kata Andy Alie dalam satu kenyataan.

Pasukan Bomba melakukan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mereka merenggangkan bahagian kenderaan untuk mengeluarkan mangsa dari lori tangki.

Selepas selesai mengeluarkan mangsa, pasukan bomba membuat kerja pembersihan sisa kemalangan.

Operasi penyelamatan dan pembersihan ditamatkan pada 4.01 pagi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings