the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NADI on Wheels bantu mangsa banjir di PPS dapatkan akses internet

Pusat khidmat bergerak NADI on Wheels di PPS SK Bukit Setongkol sediakan internet percuma dan sokongan digital kepada mangsa banjir di Kuantan.

KUANTAN: Pusat khidmat bergerak NADI on Wheels (NOW) yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol di sini membantu meningkatkan akses Internet bagi mangsa banjir.

Inisiatif ini digerakkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

MCMC memaklumkan perkhidmatan yang disediakan termasuk kemudahan Internet percuma, saringan kesihatan asas dan aktiviti Program Perkhidmatan Pintar NADI yang disesuaikan dengan keperluan komuniti.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan mangsa kekal berhubung, memperoleh maklumat yang tepat serta dapat meneruskan urusan penting walaupun berada dalam situasi bencana,” menurut kenyataan MCMC.

Perkhidmatan NOW telah digerakkan ke PPS itu sejak semalam bagi membantu mangsa dari aspek akses digital dan sokongan berasaskan komuniti.

Pusat bergerak itu dilengkapi dengan satelit Starlink, tenaga solar mudah alih, komputer riba, tablet, projektor serta kemudahan wi-fi percuma.

Pendekatan ini memastikan kesinambungan akses digital dapat dikekalkan bagi menyokong kesejahteraan komuniti terjejas.

NOW berfungsi sebagai platform perkhidmatan bergerak untuk menyediakan capaian Internet dan sokongan kepada komuniti di lapangan, terutama golongan rentan dan di lokasi bencana.

Mangsa banjir R. Sivaranjini, 30, berkata inisiatif NOW melancarkan komunikasinya bersama suami yang bekerja di Singapura.

“Setiap hari saya membuat panggilan video dengan suami untuk memaklumkan keadaan kami… selepas ada NOW semalam (panggilan) lancar dan tidak tersekat lagi,” katanya.

Pelajar Muhammad Aidil Izham Shahrom, 15, berkata kemudahan itu memberikan capaian Internet lebih pantas dan keselesaan kepada pengguna.

“Internet yang stabil memudahkan kami mendapatkan informasi terkini mengenai banjir selain melayari permainan dalam talian,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings