the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Menteri Besar Perlis dapat rawatan di KL selepas alami sakit dada

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli kini dirawat di sebuah hospital di ibu negara selepas mengadu sakit dada sebaik pulang dari luar negara

KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli kini menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada.

Beliau mengadu sakit dada sebaik pulang daripada urusan rasmi di luar negara.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perlis, beliau segera dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan rasmi berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Besar.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories