Gempa bumi kuat 6.5 skala Richter melanda rantau Papua New Guinea, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda rantau Papua New Guinea pada 6.31 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.7 darjah selatan dan 145.5 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 43km utara dari Goroka, Papua New Guinea.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.








