the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis lumpuh sindiket dadah antarabangsa, rampasan dadah RM1.04 bilion

Polis lumpuh sindiket dadah antarabangsa, rampaskan 6.2 tan dadah bernilai RM1.04 bilion dalam Op Gaharu 2.0 di Lembah Klang.

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah bernilai RM1.04 bilion.

Rampasan dadah seberat 6.2 tan itu dibuat menerusi serbuan Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang pada 21 Disember lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi itu susulan penahanan enam individu dalam Op Gaharu 1.0 pada 16 Disember.

Serbuan pertama di Taman Industri Selasa Jaya, Seri Kembangan merampas 5,983.36 kilogram cecair dan 207.74 kilogram serbuk putih disyaki Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA).

Pada hari sama, serbuan di Taman Perindustrian Kepong merampas 20.273 kilogram serbuk disyaki kokain serta 1.252 kilogram serbuk putih disyaki ketamin.

“Rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1.04 bilion dan mampu merosakkan seramai 20.7 juta pengguna,“ katanya dalam sidang media di Balai Polis Semenyih.

Hussein menyifatkan ia sebagai sindiket terbesar yang pernah ditumpaskan.

Siasatan mendapati sindiket itu membawa masuk ahli kimia dan bahan prekursor dari luar negara serta menggunakan koordinator tempatan untuk memproses dadah.

Sindiket itu mengendalikan 14 kilang dan 10 rumah kediaman yang diubahsuai menjadi makmal dan stor penyimpanan dadah.

Setiap premis disewa pada harga antara RM6,000 hingga RM10,000 sebulan.

Malaysia dipercayai digunakan sebagai pusat memproses dadah sebelum diedarkan ke destinasi seperti Hong Kong dan Australia.

Sindiket itu mempunyai lebih 12 ahli dan beroperasi sejak Januari lepas.

“Kita akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa negara berkaitan serta Interpol bagi menjejaki baki ahli sindiket,“ kata Hussein.

Siasatan turut mendapati satu premis di Kajang dijadikan pusat panggilan penipuan dalam talian.

Seramai 14 orang ditahan dan kes penipuan itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk siasatan lanjut.

Related

spot_img

Latest

Z.ai Open-Sources GLM-4.7, a New Generation Large Language Model Built for Real Development Workflows

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 26 December 2025 - Z.ai has released GLM-4.7, the latest version of its open-source large language model, ahead of Christmas, as the company steps up efforts to position its models for real-world software development and production use.

Most Viewed

Apical Strengthens Women’s Health to Support Stunting Prevention in Cilincing, North Jakarta

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 26 December 2025– Apical continues to reinforce its commitment to preventing and reducing stunting by prioritising women's health in Cilincing subdistrict, North Jakarta.
spot_img

Popular Categories