the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri sehingga 11 pagi

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga jam 11 pagi ini.

Amaran itu dikeluarkan dalam satu kenyataan pada 7.55 pagi.

Keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang iaitu di Bentong dan Temerloh.

Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka.

Di Johor, kawasan terlibat adalah Tangkak dan Muar.

Keadaan cuaca itu turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Kawasan terjejas di Sarawak adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

Related

spot_img

Latest

Reman tiga warga asing dalam kes sindiket syabu disambung

Polis sambung reman tiga warga asing suspek sindiket syabu antarabangsa tujuh hari lagi bagi siasatan lanjut kes bernilai RM38 juta

Most Viewed

spot_img

Popular Categories